Monday 24 December 2018

Pregnant look?

2014-2015 :  Noufa in mama's tummy






2017-2018 : Edina in mama's tummy







Love,
Mama

Tuesday 18 December 2018

Instagram

Instagram mama

Just click the link above for my everyday picture.

The keep sake for my children.

If mama not here one day, kakak adik can look at the photo, read the words, and there you can see how mama love you guys so much.

Mama love kakak, adik and ayah too..

I write this here so that you guys can read it like i always say it to you everyday.

Love , 
Mama

Edina : New member of A+A family

tak ada upde on 2017 sebab sangat malas.. my 2nd pregnancy a bit unfit me.. penat, sebab Nufa pun kecik lagi , masih nak berdukung, manja , cranky and moreee... and me, memang tak fit sebab malas senam. and little bit sickness on first term. 

But i successfully delivered normal on 18 Feb 2018, without any pain killer. Its was easy and fast delivery. 

And she is Nur Neem Edina.. I like the name "Nur" and Ummi dia letak Edina, memang mama pun suka nama Edina, maksud dia, Kekuatan.. 'Neem' pulak, ayah dia suruh letak for signature name utk anak gegirl dia.. 

Nur Neem Edina 

So far. Edina ni sangat senang nak jaga dia. Kuning pun sekejap je, dua hari dah elok, tali pusat pun cpt tangggal.. Tak banyak ragam. Murah dengan senyuman. Dalam pantang pun tak cranky, cuma hebat berjaga malam. hehehhe. And maybe juga sebab mama pun dah banyak belajar dari pengalaman jaga Nufa. 

Sekarang ni, rutin bangun pagi nk mandi pergi sekolah pun , Edina sng je nak bangun.. Lepas mandikan (ayah selalu mandikan) dia sengih je.. 

Mama Love You adik .. Semoga sentiasa murah senyuman sampai bila2 ye. 


Tuesday 8 November 2016

Konvokesyen KPTM ke-31 : Tahniah AyahSu

1 Nov lepas adik bongsu i konvo kat PICC, belakang umah i jer. hehehhe. So sempena cuti Deepavali jugak, semua orang JB pakat turun KL nak bawak bebudak bercuti mandi manda kolam tido hotel.

SO, we olls decide nak tido kat Regalia. Beli kat Agoda dapat murah. Semua anak mak ada, kemain seronok dapat kumpul semua. Adik beradik 5 orang je, tapi nk dapat kumpul semua memang payah. Kenkadang raya pun belum tentu semua boleh jumpa.

MamaNgah n family, Ummi, Mamell and AyahSu dtg Putrajaya 28 Okt hari Jumaat malam. Tido Putrajaya satu malam.

Sabtu pagi tu, 29 Okt pas masak2 makanan untuk tapau g Regalia, tengahari gerak dua kereta. Kereta AyahSu ngan kereta MamaNgah. Pusing2 banyak kali kat KL mencari hotel punya pasal. Hubby i pulak kerja, lepas kerja dia datang join.


Sebelum g hotel singgah Alamanda kejap, AyahNgah nak beli seluar.

Sampai hotel check in, makan, lelepak. Lepas maghrib semua g kolam memandi manda sambil menikmati pemandangan KL yang indah .




















Jannah, lelepaks tengok tv. Behave Jannah ni. Sayang good girl Makyan ni tau.


Yang akan konvo esok. AyahSu the Sadoman.


Hubby dengan bambam Nopa. Nopa kemain mengade, nak mandi tapi taknak pakai float, taknak kena pegang. Eh, menduga kesabaran betul.


MekLa, memula takut, pastu dia beranikan diri and offer diri nak pakai float. good girl MekLa.

Kejap je mandi malam tu, hujan lagi pun.

Esok pagi keluar g cari sarapan kat Kg. Baru. Sedapnya nasi dagang makcik ni. Lupa nama kedai dia, tapi dekat ngan pintu gerbang Kg. Baru tu.

Lepas sarapan bawak bebudak g sambung mandi lagi.





Lepas mandi naik bilik, kemas kemas. Check out. AyahSu pepagi dah balik Putrajaya sebab dia kena ambil jubah hari ni. Kitorang pulak balik ke rumah Paklong kat Rawang sebab nak melawat NenekRos kat Hospital Sg. Buloh. NenekRos operation, ada darah beku kat kepala.

NenekRos ni adik mak aku, Cucu2 mak aku panggil dia NenekRos. kitorang anak sedara panggil dia Cik Senah. Lepas menjalani beberapa kali pembedahan. Macam2 yang dia kena lalui. Sangat pedih, sayu , berat hati ni nak cerita. Tuhan je yang tahu perasaan kami semua sekarang ni. Dia antara yang rapat dengan mak aku. So, kalau aku jumpa dia memang aku treat dia macam mak aku. Sayang NenekRos sesangat. Semoga cepat recover, dan pulih seperti biasa. Yan rindu nak peluk cium bergurau ngan CikSenah.

Petang melawat NenekRos, malam makan kat kedai area rumah Paklong lepas tu balik. Mamangah balik JB terus. Ummi ngan Mamell ikut i balik Putrajaya.

Tiba la hari yang dinanti. Hari konvo AyahSu. Kecoh la Ummi ngan Mamell bersiap berdandan macam pengantin.


Segak la AyahSu. Kebanggaan kami sekeluarga.


Buah hati Ummi. Berani la ko usik anak manja dia, kena petir sedas. Hahaha


Kakak sayang dia, teman borak, teman makan, gaduh , membebel..


Sayang AyahSu ni. Ayah Su ni manja, kakak abang sayang kat dia, sebab tu selalu kena bebel, kena marah, especially me la. Hahaha.

AyahSu ni selalu kena marah ngan aku. Geram la weh, dah besar2 pun semua nk di cakap di ingat. haishhh. Tak sayang tak marah kan kan kan. Bukan apa, tak nak dia lagho sangat. Nak dia berdikari, berfikir panjang sebelum buat sesuatu.

Tapi Alhamdulillah, menjadi jugak. Berkat bijak menggunakan kepercayaan yang diberikan, cheewahh. hahhahaa.. And aku rasa sebab dia dikurniakan kawan2 yang sama2 nak berjaya. Kawan2 dia yang ajak belajar, bukan berpoya semata.

AyahSu ni anak yang baik, tak pernah tinggi suara kat sapa sapa. Paling tak dia memberontak dia sap kok, berkurung atau keluar lepak. Semoga AyahSu terus berjaya, murah rezeki. Jadi anak yang soleh and stop smoking.









Wednesday 26 October 2016

Jalan-jalan Cuti Sekolah Hari Malaysia Part.2

Lama sangat tertangguh entri Hari Malaysia ni.

Sambung cerita :

Sampai rumah Paklong , Maklong dah siap masak. Maklong terer masak. Rajin sangat. Sedap lupak tu. heheh. Maklong masak Lontong, Rendang ayam, Kuah kacang.



Tapi sesampai je Noufa nak tido. Tidokan anak sampai mamapun sekali join tido. Pastu mama bangun, makan.. Lapar sangat hehehe.. Noufa lajak sikit tido, dia penat kot sakan bersuka ria dari pagi.



Tengah syok makan tetiba ada budak kecik jalan terkedek2 keluar dari bilik cari mama. Terpisat2 hehehe. Dah besar dah Noufa, pandai turun katil sendiri keluar cari mama.


Acara melayan movie 'Train To Busan'

Lepas tu Noufa pun bizi bermain, makan, sampai ke petang.

Petang pulak, hubby i pun join skali lepas balik kerja. Bawak bebudak semua g mandi kolam.


Tengok tu, eksyen kemain nk pakai boya kakak kakak. Cemas je mama kau ni nak oi.















Noufa yang kenkonon penakut kolam sebelum ni, tetiba je jadi mesra alam. Sakan beriya nak swim sendiri.


Pak Tam aka Ayah melayan si Bambam

Malam tu kitorang tido umah Paklong. Tak sampai hati nak balik, seronok sangat berkumpul ramai2. 

Esok pagi lepas sarapan kitorang pun gerak balik Putrajaya. 

Sekian. 





Friday 23 September 2016

Jalan-jalan Cuti Sekolah Hari Malaysia

Cuti Hari Malaysia minggu lepas, tergerak nak bawak Nopa pergi Aquaria. Tapi ayah dia kerja, so, i pun ajak la MamaJo and anak PakLong Asha join.. Dah itu je adik beradik yang dekat dan boleh join.

So MamaJo and kids skali dengan anak PakLong Asha join kami berdua. Meriah sangat!

Semua pun nampaknya happy dengan trip gengbasskolah kali ni. Hahaha.

Pagi Sabtu tu jemput Nina kat UPM dulu. Along Azeem dengan Hakeem naik LRT terus ke KLCC.

Seronok sangat sampai ke hari ni i terasa lagi keseronokkannya. Tersenyum sorang-sorang bila ingat balik gelagat kitorang. Gelabah betul nak handle bebudak kecik. Berpeluh-peluh dahi i, MamaJo , AlongAzeem semua. hahaha.



Rombongan pelajar perempuan. Hahaha semua gegirls enjoy walaupun bersempit2.




Sarapan dulu kat UPM sebelum gerak ke KLCC

Sampai KLCC Along Azeem dengan Hakeen dah tunggu kat foodcourt.

Thanks to abang i, tolong belikan tiket, so dapat murah sikit. heheh.

Dah dapat tiket terus masuk Aquaria. Aquarium pertama yang kita jumpa aquaruim ikan piranha.
Nopa muka berseri-seri nampak ikan. Happy la dia mama tunaikan janji kat dia. heheh.

So, enjoy  the photo okay..










Nopa takut tengok shark, terus la dia merengek ajak balik. hahaha. Lelaju mama jalan keluar dari terowong ni.



Lepas abes tour dalam Aquaria tu MamaJo blanja eskrem.





Lega dapat duduk n makan walaupon eskrem je. Hahah. Ketaq lutut mama mendukung anak dara sorang ni.

Nopa dapat eskrem terus lupakan shark yang menakutkan tadi, Nak2 pulak mama blanje toys yang benda lembik2 macam slime tu. Tengok tu siap posing posing.

Lepas makan eskrem ktorng pun bergerak ke rumah Paklong Asha kat Gurnet Height. Ada acara makan makan menanti.








Thursday 15 September 2016

Nopa Tak Takut Naik Train


First time naik train masa dia 6 bulan. Ikut mama hantar Ummi ngan MakMell g KLIA2. Masa tu duk diam je. Lopong je la tenok kiri kanan.

Kali kedua, dua bulan lepas. Nak g TBS naik bas nak balik JB. Masa tu dah bijak sikit. Dia takut tgk train berdesup. Bunyi kuat kot, terperanjat dia terus nak dukung je tak nak lepas. Sampai tercampak biskut kat tangan.

Yang video atas ni kali ketiga.. So, dah nampak la dia dah kenal train and berani. Sampai tak nak duduk nak main je.

Kena selalu la naik public transport. Kasi dia belajar kenal dunia.