Tuesday 8 November 2016

Konvokesyen KPTM ke-31 : Tahniah AyahSu

1 Nov lepas adik bongsu i konvo kat PICC, belakang umah i jer. hehehhe. So sempena cuti Deepavali jugak, semua orang JB pakat turun KL nak bawak bebudak bercuti mandi manda kolam tido hotel.

SO, we olls decide nak tido kat Regalia. Beli kat Agoda dapat murah. Semua anak mak ada, kemain seronok dapat kumpul semua. Adik beradik 5 orang je, tapi nk dapat kumpul semua memang payah. Kenkadang raya pun belum tentu semua boleh jumpa.

MamaNgah n family, Ummi, Mamell and AyahSu dtg Putrajaya 28 Okt hari Jumaat malam. Tido Putrajaya satu malam.

Sabtu pagi tu, 29 Okt pas masak2 makanan untuk tapau g Regalia, tengahari gerak dua kereta. Kereta AyahSu ngan kereta MamaNgah. Pusing2 banyak kali kat KL mencari hotel punya pasal. Hubby i pulak kerja, lepas kerja dia datang join.


Sebelum g hotel singgah Alamanda kejap, AyahNgah nak beli seluar.

Sampai hotel check in, makan, lelepak. Lepas maghrib semua g kolam memandi manda sambil menikmati pemandangan KL yang indah .




















Jannah, lelepaks tengok tv. Behave Jannah ni. Sayang good girl Makyan ni tau.


Yang akan konvo esok. AyahSu the Sadoman.


Hubby dengan bambam Nopa. Nopa kemain mengade, nak mandi tapi taknak pakai float, taknak kena pegang. Eh, menduga kesabaran betul.


MekLa, memula takut, pastu dia beranikan diri and offer diri nak pakai float. good girl MekLa.

Kejap je mandi malam tu, hujan lagi pun.

Esok pagi keluar g cari sarapan kat Kg. Baru. Sedapnya nasi dagang makcik ni. Lupa nama kedai dia, tapi dekat ngan pintu gerbang Kg. Baru tu.

Lepas sarapan bawak bebudak g sambung mandi lagi.





Lepas mandi naik bilik, kemas kemas. Check out. AyahSu pepagi dah balik Putrajaya sebab dia kena ambil jubah hari ni. Kitorang pulak balik ke rumah Paklong kat Rawang sebab nak melawat NenekRos kat Hospital Sg. Buloh. NenekRos operation, ada darah beku kat kepala.

NenekRos ni adik mak aku, Cucu2 mak aku panggil dia NenekRos. kitorang anak sedara panggil dia Cik Senah. Lepas menjalani beberapa kali pembedahan. Macam2 yang dia kena lalui. Sangat pedih, sayu , berat hati ni nak cerita. Tuhan je yang tahu perasaan kami semua sekarang ni. Dia antara yang rapat dengan mak aku. So, kalau aku jumpa dia memang aku treat dia macam mak aku. Sayang NenekRos sesangat. Semoga cepat recover, dan pulih seperti biasa. Yan rindu nak peluk cium bergurau ngan CikSenah.

Petang melawat NenekRos, malam makan kat kedai area rumah Paklong lepas tu balik. Mamangah balik JB terus. Ummi ngan Mamell ikut i balik Putrajaya.

Tiba la hari yang dinanti. Hari konvo AyahSu. Kecoh la Ummi ngan Mamell bersiap berdandan macam pengantin.


Segak la AyahSu. Kebanggaan kami sekeluarga.


Buah hati Ummi. Berani la ko usik anak manja dia, kena petir sedas. Hahaha


Kakak sayang dia, teman borak, teman makan, gaduh , membebel..


Sayang AyahSu ni. Ayah Su ni manja, kakak abang sayang kat dia, sebab tu selalu kena bebel, kena marah, especially me la. Hahaha.

AyahSu ni selalu kena marah ngan aku. Geram la weh, dah besar2 pun semua nk di cakap di ingat. haishhh. Tak sayang tak marah kan kan kan. Bukan apa, tak nak dia lagho sangat. Nak dia berdikari, berfikir panjang sebelum buat sesuatu.

Tapi Alhamdulillah, menjadi jugak. Berkat bijak menggunakan kepercayaan yang diberikan, cheewahh. hahhahaa.. And aku rasa sebab dia dikurniakan kawan2 yang sama2 nak berjaya. Kawan2 dia yang ajak belajar, bukan berpoya semata.

AyahSu ni anak yang baik, tak pernah tinggi suara kat sapa sapa. Paling tak dia memberontak dia sap kok, berkurung atau keluar lepak. Semoga AyahSu terus berjaya, murah rezeki. Jadi anak yang soleh and stop smoking.