Monday 24 August 2015

Dah Empat Bulan Jadi Mak Orang - Part 2

Lepas dapat Epidural, aku relek banyak.. Langsung tak rasa sakit contraction.. Hubby yang tolong jagakan dosage ubat bius tu, Tolong tekan insert kan ubat bila dos dia dah tinggal sikit.. heheheh.. Siap belajar baca pain punya level.. hehehhe.. asek la tanya 'awak ok ke?? dah 70 ni awak tak sakit ke??' memang tak rasa apa2 cuma rasa la baby tu aktif..

Dalam pukul 12 malam doc datang check jalan, dah bukak 9cm and doc suruh prepare nak deliver baby.. yeayyyy!! Happynya... rak sabar nak pushhh..

Pukul 1.30pagi dah start, doc suruh pushh and pushh and pushhhhh.. Push ikut arahan dorang, sebab aku tak rasa pain contraction tu.. setelah berusaha doc dakap jantung baby dah lemah kena vacum.. husband kena keluar.. aku siap cakap 'i willl push harder doc jangan vacum.. jangannnn.." sekali plop!! baby pun keluar.. selamat..

Baby keluar kaler kelabu biru macam tu... baby tak menangis lagi.. dorang letak kejap je kat dada aku pastu ambik baby balik nak bersihkan and etc.. masa tu berdebar , dalam hati cakap kenapa baby tak nangis?? baby ok ke?? lamanya dorang bersihkan baby.. bila dorang nk hantar baby kat aku ni.. lama dekat sejam lebih baru la nurse hantar baby dalam labor room. Masa tu aku tengah jahit lagi..

Lama gila dorang jahit dekat 3 jam... sebab ada emergency case, ada orang tu sesak nafas nk bersalin.. so doc pakar tu pergi settlekan yg emergency, doc intern yg siapkan aku.. tak apa la. masa tu aku dah bersyukur aku n baby selamat.. tapi risau jugak, apa la nasib vivi aku ni.. teruk ke sampai berejam jahit tak siap2.. last2 doc intern tu give up, dia mintak tolong doc pakar lagi sorang, doc yg memula pecahkan air ketuban aku tu yg siapkan jahit aku..



Sambung esok.. Nak balik jumpa baby.. XOXO



Thursday 20 August 2015

Dah Empat Bulan Jadi Mak Orang - Part 1..

Alhamdulillah.. Dah selamat melahirkan seorang puteri gebu gebas comel bulat bambam..



26 Mac 2015, Jam 1.59 pagi aku selamat melahirkan baby girl, normal tapi kena vacum la pulok.. Rasanya nyaman sekali selepas melihat anak yang dilahirkan selamat sempurna sihat.. tapi sakit nak bersalin mana nyaman.. sakit laaa sudah semestinya..

25 Mac 2015, Rabu, pukul 3 pagi macam tu aku bangun buang air kecil, dua kali bangun.. Memang luar biasa, kebiasaanya bangun sekali je.. And memang rasa tak selesa badan nk tido.. Mesti sebab badan penat sangat sebab Sabtu sampai Isnin aku puas berjalan sakan dari Aquaria ke IKEA, Ahad ke Kelas Atenatal, Isnin ke IOI Mall.. Selasa dah cuti so kemas umah sesikit and buat kuih seri muka.. ntah hape hape je x de keje.. hahaha.. tu yang malam tu sakit badan tak boleh tido..

Rabu pagi lepas salam cik abang babai dia pergi kerja aku sambung tido, oh ya, dah mula cuti, aku apply cuti bersalin awal sebab dah tak larat nk duk opis. Jaga Dato Q i yang baru naik pangkat memang mencabar n stress.. i cannot handle dengan sarat perut ni..

Tambahan pula cafe kat opis tu tutup susah nk dapatkan bekalan makanan. duduk rumah senang nak makan masak je apa ada. Tapi sayangnya tidak boleh tido sebab rasa baby asyik mengeras n aktif sangat.. nak terlelap je dia mengeras, terkejut mama.. Layankan je la smpai tengahari.. rasa macam sengugut nk period tu.. rasa penat sangat..

Aku pun wassap la Angah aku, saje nak meluahkan rasa keletihan, Angah pun tanya kira masa tak berapa kerap baby tu mengeras? ooopss.. rasanya macam 20minit sekali.. Angah cakap macam nk bersalin tu.. so kena aware la kekerapan dia mengeras.. Oh macam ni ke rasa nk bersalin, macam sengugut rasa dia.. Aku ni selalu senggugut so bila contraction nk beranak pun tak dapat detact level pain dia tu.. Sebab aritu kat kelas atenatal doc tu cakap 'u will know whether its labour pain or normal contraction.' aku ingat normal je.. hahahaa..

Pastu terus rasa nak terkencing, cemas lak.. hahhaahaha.. And then... Jengg Jenggg Jenggg masa weeweee tu keluar tanda.. ketulan darah keluar 'ploopp plopp'.. OMG nak beranak dah ke.. mujur kuar darah.. kalau tak aku ingat normal contraction.. hahhaha..

Terus cemas, nak nagis pun ada, tak tau nak buat apa. Nak call hubby takut termenangis, takut dia cemas balik rusing2. Bahaya sebab dia bawak motor. Call Kak Iza la mintak tolong dia call kan laki aku.. ermm kak iza tak angkat pulak.. Call je la laki aku, tapi tahan jangan nangis..

I : Awak, dah keluar tanda..
Him : haa??
I : Dah keluar tanda, tadi keluar darah sikit..
Him : ok ok kita balik skang. nak kirim apa2 tak?
I : OK , awak belikan kita nasi kita belum makan ni, dengan air milo ais ea..
Him : ok
I : Jangan rushing, bebaik bawak moto, kita ok je ni..
Him : ok awak siap2 la..

Eksitednya nak beranak.. hahahaha.. mandi wangi2.. touch up sesikit.. kemas beg.. tunggu hubby sampai..

pukul 2 petang macam tu hubby pun smpai rumah, aku makan kenyang2.. grab apa yang patut. tapau apa yang patut and terus pergi hospital.. Register, masuk bilik doktor check dah bukak 3 cm.. tunggu sekejap and dalam pukul 5 cmtu check in masuk wad.. Hubby tak boleh tunggu kena balik lepas time melawat..

Yang aku ingat hubby cakap dia nak kemas rumah sesikit, sebab mak ngan ngah nak datang rumah dah otw.. aku pun suruh dia rest apa2 aku inform sebab aku pun nk rest.. dapat tido sekejap2 je.. malam dalam pukul 8 malam macam tu aku rasa makin sakit dan kerap contraction.. So panggil nurse, nurse bawak pergi jumpa doc n check jalan.. kena 'seluk' yang sakit punya sebab sambil tu doc pecahkan air ketuban, dah bukak 4cm.. And keluar darah n ketuban banyak gila..Time 'seluk' yang ni aku nagis sebab sakit gila.. Doc bagi ubat untuk poopoo.. And doc advice untuk ambil epirdural..

Nurse suruh poopoo n tukar baju sebab baju tadi kena darah suda.. Call hubby suruh datang.. Heheh hubby eksited, 'Cepatnya!!' dia cakap.. hehehhee.. Rupanya masa tu dia tengah goreng sosej, sian baru nak makan ye.. dia tapau sosej dalam bekas tak bertutup, makan sambil drive nk datang hospital (Lepas bersalin baru tau sebab jumpa bekas makanan bawah seat kereta.. hahaha)

Nurse tolak g labour room.. cemasnya.. teringat cerita 'Born in a minute'.. macam2 bunyi orang jerit2 kat labour room... tapi senyap sunyi je labour room Hospital Putrajaya ni.. Behave la dorang ni.. hehehe.. orang Malaysia is sopN okay..

Sampai je nurse bagi baju bersalin yang super seksi, macam baju XRay tu, tutup depan n main ikat kat belakang je, macam apron.. And no need to wear anything ok.. so terdedah la tubuhku yang mantop ini.. hahahha.. masa tu terus la pikir takyah pakai tudung lorr, Apa kejadah pakai tudung tapi bogel? hahhahaa..

Oh ya, aku salin baju seksi sambil makan kurma sebanyak yang boleh, dekat 10 bijik jugak aku
makan.. dalam bilik air ye.. balance kurma aku simpan dalam poket baju.. Lepas salin baju keluar
bilik hubby pun sampai.. yeayyy!! happy hehehe... boring betul duk sensorang kat spital, belum sampai sehari yer..hehehe..

Dan bermula lah contraction yang super sakit datang.. ade la dua jam jgk camtu menahan sakit azab contractiction tu.. sakit woiii...sampai rasa macam nak muntah menahan sakit.. hubby tolong menenagkan i, serahkan tangan untuk di pulas.. sediakan telinga untuk mendengar..tolong bacakan yasin and selawat.. sampai la datang pakar bius untuk bagi epidural..

The epidural story.. biar la aku and orang yang terdekat je yang tahu.. Tapi memang best epidural sebab aku dapat tido sejam sebelum beranak.. hahaha.

To be continued..

Thursday 19 March 2015

38 weeks pregnancy


Gambar scan masa 35 weeks
Baby masam muka sebab kita kacau dia tidur

Puas hati dapat tengok muka dia, pipi dia tembam. Hehehe

Dah 38 weeks ni rasa susah nak tidur malam, siang pergi kerja duduk kat kerusi ofis pun rasa tak selesa. Sakit pinggang

Sekarang pulak musim panas, dengan panas pembawakan budak lagi, tambah pulak dengan cuaca. Cuba elakkan mandi malam sebab mak cakap tak elok takut baby mudah selsema nanti. 
tapi ada jugak la sekali dua tu bangun pukul 1 pagi siram air satu badan.

Tidur pun dah seminggu ni berkemban dengan kain batik je. Laki aku cakap dia rasa tidur dengan puteri gunung ledang. Hahaha

Malam ni Mak, Angah, Mamell, Damia, Ziyad, Dahlia n Ayahsu nak datang KL. Nak datang lepak rumah baru abang kat Rawang. 
Oh ya, Mak Long dah beli kan katil utk aku golek2 . Aku dah cop bilik bawah. Rumah Paklong ada aircond, semua bilik ada aircond so dapat la mama tidur nyaman dua malam ni. 

Ahad ni pulak we olls nk pergi kelas atennatal kat Cheras, Columbia Asia punya event. Free je, just letak booking fees/ commitment fees RM80. 

Semalam lepas check up aku pergi IOI City Mall, Putrajaya . Cari hadiah mak n Mamell. Balik malam tu sakit kaki. Yela lagi pun kaki ni dah bengkak. 
Sakit badan semua pukul bape ntah terjaga sebab tak selesa. Ingat nk terberanak dah malam tadi. Hehehe. 

Laki aku seminggu ni dah bape kali bawak balik air kelapa. Puas ati dapat air kelapa yang meriah dengan isi, dia beli kat bawah flyover Uniten Bangi tu. Murah pun murah. Nak tgk anak putih katanya. Aminnn.. Hehehe.. 

Diharapkan dua hari melepak Rawang ni tak la terkeluar awak ye syg. Mama nk bersalin kat Putrajaya. Taknak la tetiba pergi Hospital Sg Buloh. Hahaha

Sekarang pun rasa perut ni sakit mcam bisa sengal camtu.
Jangan suprise sangat ye baby, sian ayah awak keje KL nun nak balik Putrajaya 30minit kot. Bagi mama small hint first, ayah dah smpai baru kasi hint besar punya ok. hehehe. 

Tak sabar nk jumpa anak mama. 
Walaupun semua mmg tahu nk bersalin tu sakit. Bila dah mengandung 9 bulan ni, rasa redho je la apa gaya pun asalkan budak ni keluar dengan selamat.