Wednesday 14 September 2016

MNMS&LH Family Day - Teluk Bahang, Balik Pulau, Pulau Pinang

Enrty kali ni panjang sikit.. Sebab 3 hari punya cerita dipadatkan dalam satu cerita.

Cuti Raya Haji yang lepas, kitorang attend family husband punya family day. Kat Penang. 3 hari 2 malam .

Day 1 (10 Sept 2016) 




Bertolak dari rumah pukul 6 petang. Dua kereta, kereta PakNgah Amin (laki KakMeen) dengan kereta PakLongAsha parking kat Putrajaya Sentral sebab nak naik ERL turun kat KLIA & KLIA2. 

Mak dan family Long naik MAS so dorang turun kat KLIA , flight dorang pun awal sejam dari kitorang. 


So, yang saing kitorang naik ERL sampai KLIA2 KakMeen ngan KakIna n hubs memasing.

Ni actually ni Noufa punya third time naik ERL and kali kedua naik flight. Last time dia berdua je ngan mama naik ERL, kemain penakut tengok train berdesup. Nak berpeluk berdukung je. Tapi kali ni much more better. Siap babai babai sana sini.  Maybe sebab ramai join dia kali ni so dia pun confident kot. Mama agak je ni, ikut mother punya instinct konon.

First time naik flight masa dia 7 bulan cmtu, balik JB berdua ngn mama jugak. Masa tu dia behave je, sebab belum pandai jalan. Kali ni, semput sikit la sebab dia suka lari2 kat airport. 


Tengok tu kemain like a boss sangat tau. 

Sampai KLIA2, family Kak Iza dengan family Kak Huda dah tunggu, dorang dari Cheras naik teksi. 

Flight malam tu penuh kemain. Sampai beg kitornag tak boleh simpan kat atas tempat beg. sumbat2 je letak bawah seat kat kaki.

Yang kami risaukan anak2 kecik meragam dalam flight, tapi alhamdulillah semua pun okay. Reti la duk diam kejap time take off and landed tu. Noufa masa landed dia tido dah. Lagi pun flight malam. Pukul 10 take off nya. 



Sebelum take-off . Kemain eksited dia tinjau kat tingkap nak tengok eyopen. 



Dah landed dah. Mama pura2 je tu. kekeke~

Owh lupa.. Pilot malam tu adalah Pilot Pantun. Hubby i yang cerita pasal dia, ntah kenapa i ketinggalan pulak cerita viral ni. hahahah. 

 Picture with pilot viral yang suka pantun. 


Sampai Penang Airport, ada van tunggu. Perjalanan naik van dalam 45 minit gitu. Ikut laluan jauh tapi tak PENING kata drebarnya. Sampai kat sana salam pukul 1pagi camtu  . Terus makan malam (sangat hebat ye pengurusan PakUda) mana ada event bagi makam malam kul 1 pagi. Tepuk tangan kuat2 dalam hati masa makan malam tu. hehehe. 

Pastu balik ke bilik masing2 dan tidur sebab esok pepagi kul 8 dah mula acara perasmian. 

Kitorang punya Familyday buat kat LKIM Sportfishing Chalet & Hotel kat Teluk Bahang. Betul-betul kat tepi jeti nelayan. So view sepanjang event tu adalah bot nelayan di atas air laut gittew. Bilik kami pun mengadap laut, pepagi syok je ada bunyi2 deruan ombak memukul pantai.  


Gambar ikhsan dari google. 

Day 2 (11 Sept 2016)


Paklong and kak Nina selfie kat dewan untuk Majlis Perasmian . Belakang2 tu family kitorang jugaks. hehe.

Pagi tu mula dengan sarapan pagi. Lepas tu cara perasmian. Acara perasmian ada ucapan dari pakcik makcik, pastu presentation family tree, pastu paling syok persembahan dari each family. 

Anak dara ni tak reti duk diam. Tak focus mama ngan ayah dalam dewan ni asek duk peratikan dia je berlari sana sini. 



Family kitaorang buat show 'cikgu and murid2'.. kakak Peena jadi cikgu Bedah, Mak jadi Cikgu Besor, kanak2 lain jadi murid..

Murid2 kena present 'task' yang cikgu bagi. Ada yang baca ayat or surah hafazan. Ada yang menyanyi. Comel ye. Sejuk je perut Muksu tengok korang.

Harapan Muksu agar Muksu ngn Puksu dapat ajar Noufa menghafaz macam ummi mama ibu korang ajar korang. 


Ni Slot MakNgah. Yang berdiri belakang tu gambaran anak2 tok dulu masa tok baru meninggal and MakNgah yang bantu adik2 jaga dorang and skolah kan dorang sampai pepandai semua.

Sedih masa ni. Nak nagis tapi tahan jer. 

Dah penat main.. ZZzzZZzzzzZz


Sebelum break untuk lunch ada acara panyampaian hadiah untuk yang buat persembahan. Ni la Cikgu Bedah ngan Cikgu Besornya.. hehehhe. 

Lepas lunch tu rehat solat pastu sambung sukaneka. 

Sebelum mula bersukan. Tengok Paneem tu, suka betul dia ngan AbamYom (Abg Long). Budak mana la yang tak suka AbamYom, semua cucu Tokmak yang kecik suka kat AbamYom. 



Geram je aku ngan laki aku ni. Suka pelik2 tau. 


Ni la Kumpulan untuk sukaneka. I main satu game je. passing belon air kedepan. Pening sikit game tu. Hahahaha. So kalah la. Hahahahha.

Tapi team I menang treasure hunt okayy.. Congrats to Paklong Asha for your good leadership. clap clap clap. 

Kakak Peena aka Cikgu Bedah main kutip gegula dalam tepung. Tapi juaranya adalah AbangDaneesh.

Memang bebudak ni dimurahkan rezeki dengan coklat la sepanjang kat sini. Dapat hadiah coklat saje. Daim la, m&M la, choclairs la.. 

MamaJo with kiddos

Mama ngan Uppa kat bilik masa ni, anak dara ku mengada nak ajak masuk bilik 'isi minyak'. 

Me with makmertuaku. Sebelum sukan start. 


Ni lepas Paneem selesai 'isi minyak'. 


Pas sukan2 .. Rehat untuk maghrib dinner, lepas tu ada acara khatam Quran kat dewan. 

Pas acara khatam Quran, i g bilik KakHuda nak tumpang iron baju utk Pagi Raya esoknya.

Tema esok raya adalah baju biru.. Mujur memang ada baju biru masa kawin KakIna aritu. 

Oh malam tu Kimi, Harith ngan Daneesh tido kat bilik Puksu Muksu. Heheheh. I tau dorang sajer nak escape ari parents dorang. Remaja sangat tau. Hahaha. I olls faham, so i olls kasi chance laaa.. 

Day 3 (12 Sept 2016)

Pagi Raya. Pakai baju biru and sarapan. Pastu lepak bilik Tokmak reramai. Heheheh. Sebab semua rasa macam sambut raya kan kena la berkumpul kat umah mak sementara tunggu orang lelaki balik solat raya.


Masa sarapan pagi. Orang lelaki takde, dorang kat masjid solat raya. Sarapan lontong, rendang.. sedappppp!!


Yang jelita dan istimewa



Lepak bilik tokmak. Acara menanti semua orang balik solat untuk upacara bergambar semua ahli keluarga. rasanya adalah dalam 200+ orang. 

Hubby with Noufa and Dareey. Dorang berdua ni adik beradik susuan, lahir pun beza 20 hari je. Hmmm lagi satu nak bagitau, baju dorang pakai tu i yang buatkan. Kekeke. 

 
Kumpulan Feminine

TheRabbani


Family Abdul Rashid and Fatimah


Tengah susun diri masing masing yang seramai 200+ orang.

Yang pakai kopiah hitam atas ni PakNgah, PakNgah ni very the celik IT tau. Suka tengok Pakngah selfie, ambil video anak cucu, siap edit2 i tell u. 

Lepas bergambar kita balik bilik, salin baju untuk acara korban. Reramai jalan kaki g umah MakUda dekat area situ je, dalam 300meter.

Sembelih lembu kat rumah family MakUda. pas sembelih tu, yang gagah perkasa tolong lapah daging untuk masak n jamuan makan.


Masa sampai lembu dah kena sembelih. Tak dapat tengok dorang tumbangkan lembu. Noufa pun frust, dia taknak tengok lembu yang dah kena sembelih tu. 


Antara yang membantu melapah daging. 

Ni la rumah MakUda yang kitornag tumpang anak2 main dan makan lontong 2nd round tu. hehehe

Kami tak berapa gagah, dengan alasan jaga anak kecik dalam umah. Anak2 duk main sakan. Banyak toys kat umah tu. Berselang seli dengan acara makan2 alas perut. UppaNeem asek 'isi minyak' je, kebulur mama kau ni. 

family Cik Champ

Family kakHuda



Kan i dah cakap, dia suka pelik2.. Tapi ok la, nampak la unik sikit. Sebab tu i sayang. Hahaha


Ni la tempat kanak2 bermain main dan tengok kartun. Aku ngn Nina telan ailio tengok toys dia banyaknya hello kitty. hahhahaa, pelbagai bagai pesen semua character kot dia ada. 

Anak2 dah meragam penat nk tido agaknya. So, balik ke bilik. rehat, tido, zohor.. kul 2.30petang kena datang balik umah MakUda utk lunch..  tapi kami tiga beranak terbabas tido. hahaha. Masa sampai nak makan lunch tu dah pukul 3.30ptg,  kitorang last2 yang makan. 

Tengahari tu lauk hasil masak gotong royong adalah kari daging, daging masak itam, kerabu mangga.. sedap wooo,, daging fresh la katakan kan. 

Pas makan2 tu kena jalan kaki balik g dewan,  ada acara penyampaian hadiah sukaneka yang semalam tu dengan lucky draw.

I dapat tudung bawal, hubby dapat pinggan kek cmtu dengan beg. Paneem pun dapat, dapat duit raya berkoyan koyan.. hehehe

Malam pulak dinner skali lagi kat Umah MakUda, makan sup tulang. Paneem suka sangat. banyak dia makan. siap hirup sup. 

Makan semeja dengan UncleHassan. Best borak ngan Uncle ni. Dia kelako. 

Pas makan, ada gathering kat bilik mak. Mak ada sampaikan kata2 nasihat, sesi berkenalan dengan menantu baru. Sesi ucapan menantu2 termasuk la i. I terbuat cerita sedih pulak, Malu i. Hahaha.

Tapi isi cerita semua orang tetap memberi nasihat kepada anak2 dan cucu cucu. Nasihat dari segi agama, pelajaran dan akhlak. Sesi ni sangat bagus, lebih mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang antara kami. 

Habis sesi dengan mak, kami pinjam kereta Kak Sila pergi jejalan kat Street Market kat Batu Ferringhi. Banyak kedai dah tutup, tapi dapat la jugak beli kipas nyonya satu dengan dua pasang baju untuk Noufa ngan Dareey. 


terobek hanimun.. ahakss


Paneem tido nyenyak sangat, bukak mata kejap je Mama suh bangun tengok lampu, Hehehe. 

Malam tu balik bilik tido and packing sesikit. Esok nak balik dah. Van gerak ke Airport pukul 10.30 pagi katanya. 

Day 4 (13 Sept 2016)

Subuh tu hubby i bangun join subuh jemaah sebab AbgLong ada bagi Tazkirah subuh. I tak join sebab tak sanggup nak angkut anak dara i. Hubby cakap Long citer pasal Dajjal. Ruginya rasa tak dapat join. 

Sebelum turun sarapan, kena habiskan packing barang. Banyak dapat hadiah and goodies, so lebihan barang yang tak muat masuk beg kitornag masuk kotak.. 

Murah rezeki weolls. Setiap sorang dapat kuah rojak, minyak panas, minyak urut, tupperware bulat isi choclairs etc etc.

I bertiga dapat la tiga kuah rojak, tiga minyak urut camtu.. Bayangkan KakIza ada anak 5 , campur ngn laki dia.. so dia dapat 7 kuah rojak, and 7 la setiap satu tu... hahahaaha.. boleh bukak kedai rojak dah KakIza oi.. hahaha.. 

wrapping barang2 kat luar bilik mak. Sementara tunggu van sampai. 

Anak i sibuk bermain, dah dewasa sangat tau pandai main sendiri sampai mama panik jap tak jumpa dia kat mana. Rupanya dengan MakLong, posing tepi laut dengan baju baru yang seksi tu. Kekeke. 

Group picture sebelum bertolak ke Airport

Van dah sampai, Dua Van hantar family ktorang. Van kali ni lalu jalan berliku liku.. Pulak tu muatan penuh.. So i rasa mungkin kami tak dapat udara aircond secukupnya.. so, kitorang yang duk tengah and belakang ni mabuk okayyy.. Sikit lagi i nak muntah uolls.. hahahhaa. Jadi bahan la kejap.. hahahha.. Mujur ada plastik, pegang je plastik tu buat penenang jiwa. Hahaha. 

sampai airport, check in bag, pastu lepak la kejap sementara menunggu nak masuk ke dalam pesawat. 


Suka pulak dia main tiang besi ni.. 














Lelepaks 



Ni la baju yang beli kat Street Market malam tu. RM10 sepasang, selepas tawar menawar.. heheheh



Scene Stealer goes to Dareey and Paneem


Flight pukul 1petang cmtu.. Masa ni dah masuk dalam kapal.. Jiwa i masa ni dah sampai umah i dah. rindu rumah. kekeke

Tunggu beg



Balik Putrajaya naik ERL. Paneem tak nak duduk diam dalam train, dia happy lettew.. siap posing2 depan CikNa, Makngah.. bermain2 ngan AbamYom dia. 


Naik 'lori Sardin' milik PakNgah G IOIMall nak makan.. and solat jamak.

Sampai rumah dalam pukul 6 petang cmtu.

Semua orang pun penat but happy with this trip. Alhamdulillah. 

Semoga ada lagi acara yang macam ni. Dapat buat dekat2 pun okay, yang penting pengisian acara dan dapat  mempereratkan hubungan antara ahli keluarga. Disampaing mempertingkatkan social skill masing2 terutamanya anak2 kita yang masih kecil. 

No comments:

Post a Comment