Tuesday 25 March 2014

Second Hanimun Tak Jadi

Jumaat lepas, kami sekeluarga (family husband) plan nak bercuti ke Tasik Kenyir. Akak ipar / SIL dah booking banglo percutian persekutuan enam bulan awal rasanya. Memang purposely nak menghanimunkan ktorang beramai-ramai.

Kami berlima dan sorang baby bertolak Jumaat malam lepas dinner, dalam pukul 11.30malam macam tu, sebab planning nak ambik first boat ke Tasik Kenyir esok pagi tu dalam pukul 7pagi.

Ini la map Rumah Peranginan Persekutuan kat Tasik kenyir tu

Perjalanan dimulakan dari Cheras, dengan diketuai tuan punya kereta, SIL aku drive sampai kat RNR Gambang. Lepas  minum2, alas perut, cuci muka semuatu, husband SIL pulak drive, laki aku taknak drive sebab nak tido. Aku tak pandai drive manual, so, memang berniat nk tido je. hehehe. 

Lepas dalam 10km dari RNR Gambang tu, aku tengah syok tido,masa tu pukul 3pagi.. Tetiba rasa kereta yang ktorang naik berlanggar dengan sesuatu, kuat gila hentakan dengan bunyi tu macam langgar motor. Siap rasa macam kereta tu melambung sikit. Aku dah menjerit dah, terperanjat gila kot... akak ipar ngn laki aku ejek aku jerit, hampeh... lagi pun malam gelap, seram okay... masa tu dalam hati doa minta-minta la bukan langgar orang dan kami semua selamat. Takut jugak dirempuh lori dari belakang. 

Abang Ipar aku cecepat terus ketepi, masa tu ktorang dh nampak ada dalam 3 kereta kat tepi tu, memula aku ingat bumper salah satu kereta tu tercabut. Rupanya dorang pun langgar benda alah tu jugak, bumper dorang pecah kot. Lepas ktorang ada lagi sebuah kereta sebuah van sama-sama berhenti depan kereta kitaorang. rupanya dorang pun melanggar objek yang sama. Dorang bebudak remaja budiman yang berkonvoi. 

Kenapa aku panggil dorang remaja budiman?? Sebab dorang adalah remaja yang telah mengambil tindakan bijak dengan membantu mengalihkan objek kat tengah jalan tu. Dorang seret benda alah tu ke tepi jalan. Objek tu ialah tayar lori trelar yang dh pecah. Berat gila okay dorang cakap. 

Bebudak tu jugak tolong memberikan perhatian kepada kereta ktorang, tolong tetengok apa yg rosak. Dorang tolong jugak bagi no telefon untuk dapatkan bantuan Peronda LPT. Terima kasih dik. 

Kereta ktorang rosak teruk, tank air bocor, tank air enjin tu apa nama, radiator ke apa. kereta yang lain 5buah tu kena part bumper je, kereta ktorang je kena part enjin sekali, sebab akak ipar aku ni pakai sports car. muahaahahahhaa.. ops, nti dia marah.. kekeke. 

Dipendekkan cerita, dari pukul 3 pagi, pukul 6 pagi baru lah sampai bantuan lori towing tu. Dari situ kereta ditarik sampai la kat Tol Kuantan. Kat Tol Kuantan , towing insurance company dah tunggu. Pukul 7 pagi ktorang gerak dari Kuantan ke KL. 12tengahari baru sampai KL. Ktorang tak jadi pun ke Kenyir, sebab rasanya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau teruskan perjalanan pun tapi tak happy pun tak guna kan. 

 Ni masa dah kat Tol Kuantan. Ktorng minta tolong Abg Towing tu hantar ktorng naik bas kat Terminal Bas. Tapi, dia suruh naik je kereta yang di'towing' tu. Hehehe. First time. Heheh

Ada orang tau dalam tu, gayat woi.. dalam tu ada : akak Ipar dua orang , laki dia ngn anak dia. Hahahha.. Masa ni dorang nak pas baton, dari Lori Towing LPT, nak passing kat lori Towing Company Insurance tu. 

Masa ni dah kat Highway Karak menuju ke KL. Matahari dah tinggi, semua tak boleh tido, panas, aircond xde. Harap maaf uolls, ada pulak kaki kat situ, kaki laki aku, tak boleh nk crop. Nanti gambar tak cantik. hmmm

Aku rasa, bahaya la jalan tu, Highway Pantai Timur tu bahaya, gelap gelita, kiri kanan hutan. Kalau la kena rompak ke masa malam tu memang xde sapa nk berhenti tolong. Semua kereta, lori laju. Lori semua saiz bapak kepada bapak trelar. Alhamdulillah la semua selamat. Lepas ni kalau nak lalu jalan tu, elakkan la guna jalan tu waktu lewat malam . Frust jugak tak dapat sampai. Tapi tak apa la. Ada hikmahnya. Kita nyanyi-nyanyi okay uolls~
Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

By : Anang / Separuh Jiwaku Pergi

No comments:

Post a Comment