Wednesday 2 July 2014

Ramadhan ke-4

Since hari Isnin, sejak berpuasa diopis ni, aku rasa lemau sungguh..

Letih semacam, kadang-kadang bila paksa diri buat kerja tu rasa sakit kepala ni. mungkin sebab aku tak bangun sahur and tak makan kurma.

Aku tak sahur sebab tak boleh puasa, tapi alas jugak la perut tu pepagi sebelum g keje minum susu, makan biskut / roti.. mungkin tak cukup kot.

Dah la tak ada mood nk buat apa pun, mengantuk je pulak tu. Stress pulak rasa feeling tak best camni.

Ke sebab cik abang jauh? :'( .. oh yer, cik abe i g umrah.. alhamdulillah merasa dia g sana, i is jelos..

Semalam pas makan dalam pukul 7 cmtu, aku boleh tertidur okay.. hampeh.. pastu terus la masuk bilik tidur bebetul.. tu pun rasa sesiang kat opis ni ngantok je.. padahal tido malam 10jam kot..

Tidur pun asek mimpi yang bukan-bukan je. Macam trauma nak tidur dah pulak. Mimpi hantu main shower kat toilet la, mimpi tengok baby meninggal la.. Lepas mimpi seram tu mesti aku terjaga. So , aku tak dapat tidur yang berkuality la gittew.. chewahhh hahaha

Wimduuuu laki sebenarnya.. hahhahahaha.. semoga laki i mimpi i malam ni.. Aminnnn.. terbalik kot pulak hahahhaa... Babai

Sunday 29 June 2014

Salam Ramadhan 1435h

Salam Ramadhan.

Hari ni Ramadhan yang ke-2. Dan hari ke-4 laki i berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Malam tadi dia call bgtau yang dah selesai menunaikan umrah yang pertama. Alhamdullillah.

Dah 2 hari i tak sahur, tapi sarapan. Hari ni bawak bekal nasi letak kicap, telur mata n sambal gesek mak mertua. Tak tau bila nak makan, kena cari port baik. Hehehehe. Tak baik kan, tak menghormati bulan Ramadhan, tapi i standby takut sakit perut.

Weekend lepas i balik JB. Spend time dengan family. Melayankan mak i beli frame hiasan dinding, mood raya sudah mari ye Ummi. Hehehehe

Itu je la nak cerita, tak ada mood la, dah lama tak jumpa laki, jiwa i kacau uolls.


Rindu laki I


Friday 30 May 2014

monsters university vs meggi kari

makan megi kari. sambil tengok monsters university.




sedap tapi lupa letak tauhu bulat. kalau tak lagi mengancam.

bila nk kurus ni??

Sebenarnya ni 2nd time i tgk citer Monster uni. first time tu dua hari lepas.. hahahaha.. kat mamak depan The Mines okay.. bukan kat panggung wayang. hahahaha. 

sejak dua tahun kebelakangan ni sangat tak menonton wayang. tengok kat mamak masa tu smpai 
berat hati nak gerak balik, sebab nak tengok ending dia, tapi laki i ajak balik jugak sebab dah nak 
pukul 1 pagi n esok tu hari Khamis keje.

And for the first time, i suka gila tgk semua monsters dlm cite ni. comel gila. ada siput tu tak boleh jalan laju even dia sngt rushing nak masuk kelas. hahahhaa. comel sangat.

Tadi masa tgah sesiap nk start masak, laki i panggil, 'yang, yang! monsters university yang' .. i pun terus jerit suh dia record. n i lelaju masak megi, dah siap masak angkut periuk terus g depan nak tgk tv punya pasal, kekekeehhh.. tak ada table manners langsung..

and now, laki i tengah basuh pinggan kat dapur. alhamdulillah. muehehehehe. rajin anak sapa la ni..

meng update blog

Dah lama tak update cerita sebab PC kat rumah tu mengong.

Hari ni last day i berseronok di atas ketiadaan boss, boss i g India dua minggu. Next week , on Monday dia dah balik. but, I cuti pulak Monday n Selasa. Cuti sebab kena balik JB, ada urusan mahkamah, pasal harta pusaka katanya.

So what did I do today?

1. Bangun pagi. Pergi kerja macam biasa.

2. Mulakan dengan sarapan KFC, dapat KFC free semalam masa Program Kabajikan Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. Lawatan semalam sangat menyentuh hati. Tengok anak2 yatim aku bersyukur mak aku tak hantar aku or adik adik kat umah anak yatim. hehehe

3. Sambil makan sarapan tu, i melawat FB and i jumpa article ni: '

US man finds lost mother in Amazon tribe


 http://nypost.com/2014/05/24/son-finds-his-lost-mother-in-a-stone-age-tribe/ .

Its such an amazing stories.. sila lah baca.. sesungguh nya syurga itu ada pada seorang ibu..

4. lepas tu i mula siapkan kerja sampai la pukul 5.30ptg.

5. Sekarang dah time utk balik rumah, tp i nk update ini blog dulu.

6. balik ni nak singgah kedai, nak beli maggi kari, laki i terasa nk mkn maggi . nk letak ayam n tahu bulat dalam kari. omnomnomnom..  gemok arr...

7. oh ya, td Along Syima (my BFF punya sister) wassap i, dia nk buat wedding photo shoot i ngn hubby 17 jun nti, so kami kena kuruskan badan memasing. I nak kena buang 7kg.. hahahaha.. mati la nak..

8. esok kami ada jemputan kenduri kawin kat cheras. Paen (kawan TiJB kawin)

9. Esok pagi i ingat nk g Kejiranan Presint 16, Hariz Zakwan ada bukak booth. dia budak UiTM yang pandai buat baju cantik.. nak ajak Yayan (BFF saya yg duk Blok sebelah)

10. Ahad saya balik JB selepas attend Kelas Haji dan Umrah kat KL. Ada urusan tanah family.. Hubby i tak ikut sebab dia kena keje Monday. Balik kL semula Isnin malam, naik Air Asia, Everyone Can Fly =P

Okay, itu dulu buat masa ni. Kena balik sekarang. Nak masak maggi. Weeeeeee~~


Thursday 17 April 2014

Happy Birthday Mummeh & Ngangah


Birthday Ngangah aka Akak saya on end of January. Sajer gegedik nak panggil Ngangah n Mummeh dalam ni... hahahaha

Birthday Mummeh saya on early February. 
Wedding saya tiga hari sebelum birthday Ngangah saya. 
Wedding saya belah husband empat hari sebelum berthday Mummeh saya. 

So kerana kesibukan kenduri kawin saya. Birthday mereka weolls celebrate on 2nd week of February. Lambat sikit. 

But the best thing is. Mummeh and Ngangah saya dapat hadiah yang dorang suka.. best. Weeee~

They deserve it!! 
Sebab, mak saya sangat bertungkus lumus prepare untuk wedding saya. 
Ngangah saya pula, bertungkus lumus melahirkan anak dia yang ke-3 dan berpantang sambil tolong prepare macam macam utk wedding saya. 

So, kami adik beradik and ipar-ipar buat collection, belikan dorang hadiah yang weolls yakin mereka pasti suka. 


Dari kiri : Mak punya hadiah dari weolls - telefon bimbit bijak, touch screen. Yang telah menggantikan telefon Nokia polifoniknya. 
Kedua, Angah punya , husband dia bagi.  Special sbb beranakkan dia baby girl yg gebus, purse jenama b menggantikan purse dia yang sedih gila keadaan macam belacan. 
Ketiga, angah punya dari weolls, perfume. 

Idea nk belikan Mummeh HP canggih datang dari adik saya yg No.4. Dia bgtau Mummeh ada cakap dia teringin nk HP canggih. 

Dan respon beliau bila dpt HP tu.. OMG.. macam kena hesteria ok!

Mummeh : Aaaaaaaaa!!! Ya Allah ni la yang mak nak!!! aaaaaaa!!! sukanyaa.. (menjerit sambil peluk hadiah, muka mcm nak nagis )  Terima kasih la awak seme (sambil bangun dtg nak peluk2 cium ktorang)

Tercengang jap weolls. Hahaha. * Dia ada cakap selama ni dia malu pakai HP tak canggih. Erk!

Ngangah pulak, memula macam " Angah dah dapat agak kot Angah dapat apa.." sebab weolls semua dah banyak kali kecam purse dia yang dah ranap tu.

Tapi dia pun sama hesteria sebab tak sangka dapat dua hadiah . Yang pastinya, dia terkesima dengan jenama purse itu hokay. 

Kat sini ni la dorang berdua diserang hesteria. Tergolek, terbaring, tertonggeng kat situ jugak. Hahahhaha

Lepas dua bulan Mummeh menggunakan HP canggih, Alhamdullilah, dah pandai Whatssap, selfie, share gambar. So weolls happy for her. Sampai nk masak pun malas. "Nanti la kejap. Mak tengah sibuk whatssap ni". 

Hahahaha. We love both of you. 




Sunday 30 March 2014

Happy Birthday Mak Mertuaku

Hari ni 31 Mac 2014, birthday Mak mertua saya yang ke-70. Kami dah celebrate dua minggu lepas. Buat awal sebab nak pastikan semua orang dapat hadir.

Malam tadi laki saya call mak dia tepat pukul 12 malam. Saya pasang telinga, cara dia wish mak dia, kalau saya la jadi mak dia, saya dah melalak dah..heheh.. Saya rasa touching pulak dengar dia wish mak dia.. Suara dia penuh dengan kelembutan, keinsafan, keterharuan.. hurmm..

Itu one of the bright side laki saya yang buat saya jatuh cinta. heeheehee.. Dia sangatttt berlemah-lembut dan menghormati mak dia.

Saya?? Saya sayang mak saya, saya juga menghormati dia.. tapi saya tak selembut itu dengan mak saya. Kalau call mak, saya rasa , saya borak2 dengan mak saya macam borak dengan kakak atau mcam akwan kenkadang.. maafkan saya. Tak sentimental, aku kau kenkadang... Hahahaha.. Kadang-kadang saya berfikir,hmmm.. kenapa la saya tak boleh berlemah-lembut dengan mak saya ye?? kurang ketimuran sungguh..

Lapas laki saya wish mak dia, laki saya pas telefon kat saya pulak. Saya pun wish jugak..

Saya : Happy birthday mak, semoga panjang umur, sihat selalu..

Mak : Hehehe.. terima kasih..hehehe.. Ala, mak nak sihat je la, tak nak la panjang umur....heee.. tak nak hidup lama-lama .. kekeke hehehehe..

Saya : (erk) Insyaallah mak.. (tak tau nak cakap apa) ....

Pagi tadi, saya teringat perbualan dengan mak.. Sedihnya mak cakap macam tu..

Saya tak dapat bayangkan keadaan laki saya kalau mak dia tak ada.. Saya sendiri belum bersedia untuk menghadapi situasi tu, saya belum bersedia nak kehilangan mak. Mak mertua saya seorang
yang sangat positif, baik hati.. Setiap tutur katanya terjaga. Saya sangat mengagumi dia..


Happy Birthday mak, I Love U.. yang pakai tudung coklat tu mak mertua saya. Yang tudung purple tu mak saya. Ni gambar kami naik gajah masa g Hanimun kat Krabi aritu. 

Semoga mak panjang umur.

Tuesday 25 March 2014

Second Hanimun Tak Jadi

Jumaat lepas, kami sekeluarga (family husband) plan nak bercuti ke Tasik Kenyir. Akak ipar / SIL dah booking banglo percutian persekutuan enam bulan awal rasanya. Memang purposely nak menghanimunkan ktorang beramai-ramai.

Kami berlima dan sorang baby bertolak Jumaat malam lepas dinner, dalam pukul 11.30malam macam tu, sebab planning nak ambik first boat ke Tasik Kenyir esok pagi tu dalam pukul 7pagi.

Ini la map Rumah Peranginan Persekutuan kat Tasik kenyir tu

Perjalanan dimulakan dari Cheras, dengan diketuai tuan punya kereta, SIL aku drive sampai kat RNR Gambang. Lepas  minum2, alas perut, cuci muka semuatu, husband SIL pulak drive, laki aku taknak drive sebab nak tido. Aku tak pandai drive manual, so, memang berniat nk tido je. hehehe. 

Lepas dalam 10km dari RNR Gambang tu, aku tengah syok tido,masa tu pukul 3pagi.. Tetiba rasa kereta yang ktorang naik berlanggar dengan sesuatu, kuat gila hentakan dengan bunyi tu macam langgar motor. Siap rasa macam kereta tu melambung sikit. Aku dah menjerit dah, terperanjat gila kot... akak ipar ngn laki aku ejek aku jerit, hampeh... lagi pun malam gelap, seram okay... masa tu dalam hati doa minta-minta la bukan langgar orang dan kami semua selamat. Takut jugak dirempuh lori dari belakang. 

Abang Ipar aku cecepat terus ketepi, masa tu ktorang dh nampak ada dalam 3 kereta kat tepi tu, memula aku ingat bumper salah satu kereta tu tercabut. Rupanya dorang pun langgar benda alah tu jugak, bumper dorang pecah kot. Lepas ktorang ada lagi sebuah kereta sebuah van sama-sama berhenti depan kereta kitaorang. rupanya dorang pun melanggar objek yang sama. Dorang bebudak remaja budiman yang berkonvoi. 

Kenapa aku panggil dorang remaja budiman?? Sebab dorang adalah remaja yang telah mengambil tindakan bijak dengan membantu mengalihkan objek kat tengah jalan tu. Dorang seret benda alah tu ke tepi jalan. Objek tu ialah tayar lori trelar yang dh pecah. Berat gila okay dorang cakap. 

Bebudak tu jugak tolong memberikan perhatian kepada kereta ktorang, tolong tetengok apa yg rosak. Dorang tolong jugak bagi no telefon untuk dapatkan bantuan Peronda LPT. Terima kasih dik. 

Kereta ktorang rosak teruk, tank air bocor, tank air enjin tu apa nama, radiator ke apa. kereta yang lain 5buah tu kena part bumper je, kereta ktorang je kena part enjin sekali, sebab akak ipar aku ni pakai sports car. muahaahahahhaa.. ops, nti dia marah.. kekeke. 

Dipendekkan cerita, dari pukul 3 pagi, pukul 6 pagi baru lah sampai bantuan lori towing tu. Dari situ kereta ditarik sampai la kat Tol Kuantan. Kat Tol Kuantan , towing insurance company dah tunggu. Pukul 7 pagi ktorang gerak dari Kuantan ke KL. 12tengahari baru sampai KL. Ktorang tak jadi pun ke Kenyir, sebab rasanya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau teruskan perjalanan pun tapi tak happy pun tak guna kan. 

 Ni masa dah kat Tol Kuantan. Ktorng minta tolong Abg Towing tu hantar ktorng naik bas kat Terminal Bas. Tapi, dia suruh naik je kereta yang di'towing' tu. Hehehe. First time. Heheh

Ada orang tau dalam tu, gayat woi.. dalam tu ada : akak Ipar dua orang , laki dia ngn anak dia. Hahahha.. Masa ni dorang nak pas baton, dari Lori Towing LPT, nak passing kat lori Towing Company Insurance tu. 

Masa ni dah kat Highway Karak menuju ke KL. Matahari dah tinggi, semua tak boleh tido, panas, aircond xde. Harap maaf uolls, ada pulak kaki kat situ, kaki laki aku, tak boleh nk crop. Nanti gambar tak cantik. hmmm

Aku rasa, bahaya la jalan tu, Highway Pantai Timur tu bahaya, gelap gelita, kiri kanan hutan. Kalau la kena rompak ke masa malam tu memang xde sapa nk berhenti tolong. Semua kereta, lori laju. Lori semua saiz bapak kepada bapak trelar. Alhamdulillah la semua selamat. Lepas ni kalau nak lalu jalan tu, elakkan la guna jalan tu waktu lewat malam . Frust jugak tak dapat sampai. Tapi tak apa la. Ada hikmahnya. Kita nyanyi-nyanyi okay uolls~
Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

By : Anang / Separuh Jiwaku Pergi

Sunday 23 March 2014

Blog baru untuk kali Ke-3

Mana nak mula... ok kita mulakan dengan bismillah..
Blog ini diwujudkan setelah diri ini menjadi isteri orang selepas sebulan lebih. Inai masih dijari. Ahakss

Sebelum ni ada juga buat blog, dua kali.. dua-dua blog jadi tukun sebab takde life, sebab bz sangat dengan life bujang dedulu kot. Heheh..So, kali ni buat blog lagi untuk kali ketiga sebab rasanya sekarang ni aktiviti seharian banyak dihabiskan kat rumah, selain kat office 8-5..

Dulu, sebelum kawin aktiviti seharian banyak jugak.. Tapi rasanya dah bazir banyak dihabiskan dengan mencari makanan, berkomitment dengan kenkawan kesana sini dan juga bersama oppa2 Korea kat Dramafire, Ksshow semua bagai.. hahaha..

Sekarang, kalau melayan OppaK-Pop pun kena beragak2 sebab nanti ada orang kebuluran perut dan kasih sayang.. Hahahah.. 

Esok kita kerja, tapi skang kita tak tido lagi. dah pukul 1.49am. Tapi esok bos xde, so boleh la bekerja  dengan ringan hati walaupun ngantok. hehehe. Tapi sekarang ni, bila kita dengar lagu dengkuran laki kita,eh kita rasa ngantuk pulak. ok jom tidur, esok sambung citer. zzZz.